Thursday, February 5, 2009

Perak oh.. Perak..

Sejarah baru tercipta di negara kita bilamana parti bebas yang menentukan kepimpinan negeri Perak. Kalau sebelum ini, mungkin kita semua hanya memandang sebelah mata terhadap orang-orang yang bertanding parti bebas, tetapi hari telah membukti bahawa mereka juga mempunyai peranan tertentu apabila keadaan menjadi seri dalam erti kata bilangan. Itulah demokrasi, walaupun satu kerusi sudah dikira menang.


Kepahitan berada dibawah pemerintahan parti lawan juga telah dirasai oleh kita semasa penggal 1999 hingga 2003. Begitulah apa yang dirasa oleh penyokong kita di Negeri Perak selama 11 bulan yang lalu. Kepahitan selama 11 bulan itu ditanggung oleh mereka kerana mungkin kesilapan mereka sendiri apabila pada pilihanraya yang lepas mereka mengambil sikap tak apa lah, "aku sorang je yang buat undi rosak" atau yang sewaktu dengannya. Bahananya mereka terpaksa hadapi.


Janganlah kita terlalu emosi atau terlalu terikut-ikut dengan helah parti pembangkang, mereka tidak mempunyai kekuatan semasa pilihanraya yang lepas, akan tetapi undi protes daripada pihak kita menyebabkan kemenangan yang tidak mereka sangkakan. Kita semua haruslah merapatkan kembali barisan, mengatur langkah dengan penuh kebijaksanaan dalam menangani kemelut hari mendatang yang penuh dengan cubaan dan godaan.


Siapa kata UMNO sudah tidak relevan lagi? Parti ini masih relevan apabila kita semua mahu ia menjadi relevan. Begitulah sebaliknya. Perubahan sebenar yang berlaku pada hari ini adalah perubahan mentaliti serta cara pemikiran orang-orang muda seperti kita. Orang-orang muda pada hari memerlukan agar mereka tidak dipinggirkan dan diberi perhatian yang sewajarnya, bukan sekadar dengan omongan ataupun dengan retorik ucapan pemimpin-pemimpin yang ada pada masa kini.



Monday, February 2, 2009

Salam Perkenalan

Assalamualaikum.w.b.t dan selamat sejahtera..

Semoga kita semua berada dalam lindungan dan rahmat dariNya.

Di sini kami Pemuda UMNO Bahagian Setiu atau dengan nama singkatannya PUBS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anda semua kerana sudi untuk meluangkan masa bagi menatap blog yang tidak seberapa ini. Diharapkan dengan adanya blog ini dapatlah kita semua memanfaatkan maklumat yang telah dipaparkan untuk kebaikan agama, bangsa dan negara kita. Sebarang komen, teguran dan cadangan daripada anda semua amatlah dihargai.